1.0 Pendahuluan
1.1 i-Supervision, ringkasan bagi internet Supervision, merupakan satu usaha berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan pemantauan projek melalui penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
1.2 Sistem ini diperkenalkan di JKR sebagai sokongan kepada sistem SKALA di mana data-data terkini kemajuan projek di dalam sistem SKALA diterjemahkan secara visual oleh sistem i-Supervision untuk memberikan gambaran secara lebih komprehensif mengenai kemajuan sesuatu projek.
1.3 Melalui sistem ini, kamera internet akan dipasang di tapak bina. Kamera tersebut dihubungkan ke internet melalui talian telefon dan modem. Ini membolehkan gambar-gambar kemajuan terkini di tapak bina dihantar secara automatik ke pelayan web korporat JKR i-Supervision pada kekerapan dan sela masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, kemajuan terkini projek di tapak bina boleh dipantau secara jarak jauh melalui laman web i-Supervision
2.0 Kaedah Pelaksanaan
2.1 Kriteria-kriteria projek yang perlu dipantau melalui sistem i-Supervision adalah :
i. Projek bangunan yang melebihi RM50 juta; atau
ii. Projek jalan yang melebihi RM100 juta; atau
iii. Projek-projek JKR di luar negara (dengan kebenaran pihak berkuasa di negara tersebut); atau
iv. Projek-projek yang perlu disiapkan segera (fast track projects); atau
v. Atas arahan Ketua Pengarah Kerja Raya.
2.2 Pengurus Program hendaklah mengemukakan senarai projek-projek yang memenuhi kriteria tersebut di atas kepada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I (Sektor Bisnes) untuk cadangan pemasangan sistem i-Supervision.
2.3 Kos pemasangan, operasi dan penyelenggaraan sistem hendaklah dimasukkan di dalam kontrak.
3.0 Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab untuk pelaksanaan sistem i-Supervision adalah seperti yang terkandung di dalam Garis Panduan Penggunaan Sistem i-Supervision.
4.0 Pemakaian
Arahan ini berkuatkuasa dengan serta-merta.
Sekian, terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
(DATO’ SRI Prof. Ir. Dr. JUDIN BIN ABD. KARIM)
Ketua Pengarah Kerja Raya
Malaysia.
s.k. - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III
- Ketua Unit Pengurusan Kualiti JKR
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment