1.0 Pengenalan
i-Supervision, ringkasan bagi internet Supervision, merupakan satu usaha berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan pemantauan projek melalui penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sistem ini mula diperkenalkan di JKR pada tahun 2002 sebagai sokongan kepada sistem SKALA di mana data-data terkini kemajuan projek di dalam sistem SKALA disokong oleh paparan secara visual oleh sistem i-Supervision untuk memberikan gambaran secara lebih komprehensif mengenai kemajuan sesuatu projek.
Melalui sistem ini, kamera internet akan dipasang di tapak bina. Kamera tersebut dilengkapi dengan pelayan-web terbina dalam dan dihubungkan ke internet melalui talian telefon dan modem. Ini membolehkan gambar-gambar kemajuan terkini di tapak bina dihantar secara automatik ke pelayan web korporat JKR i-Supervision pada kekerapan dan sela masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, kemajuan terkini projek di tapak bina boleh dipantau secara jarak jauh melalui laman web i-Supervision.
Gambar-gambar kemajuan projek tersebut dihantar, dikumpul dan diarkibkan di dalam pelayan web i-Supervision dari mula sehinggalah tamat pembinaan. Gambar-gambar yang diarkibkan tersebut dapat diakses melalui laman web i-Supervision dan diulang tayang secara pertunjukan slaid bagi melihat urutan pembinaan projek berdasarkan tempoh yang dikehendaki. Tinjauan video secara lintas langsung juga boleh dipaparkan menerusi kamera-kamera ini sekiranya diperlukan.
Walau bagaimanapun, kegunaan utama sistem i-Supervision adalah untuk memaparkan visual terkini di tapak projek dan mengarkibkan gambar-gambar statik harian yang telah dihantar melalui kamera ke laman web. Paparan lintas langsung imej video tidaklah menjadi keutamaan.
Selain daripada itu, gambar-gambar statik harian ini juga boleh dilihat menerusi penggunaan Personal Digital Assistants atau PDA yang mempunyai kemudahan akses internet.
2.0 Tujuan
Garispanduan ini bertujuan menerangkan secara umum dasar penggunaan sistem i-Supervision sebagai salah satu aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk pemantauan projek-projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
3.0 Objektif
Menjadikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai suatu instrumen penting dalam mencapai visi dan misi JKR untuk memastikan pemantauan projek-projek di bawah seliaan JKR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
4.0 Kriteria Pelaksanaan
Kriteria-kriteria projek yang perlu dipantau melalui sistem i-Supervision adalah :
i) Projek bangunan yang melebihi RM50 juta; atau
ii) Projek jalan yang melebihi RM100 juta; atau
iii) Projek-projek JKR di luar negara (dengan kebenaran pihak berkuasa di negara tersebut); atau
iv) Projek-projek yang perlu disiapkan segera (fast track projects); atau
v) Atas arahan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR)
Pengurus Program hendaklah mengemukakan senarai projek-projek yang memenuhi kriteria tersebut kepada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I (Sektor Bisnes) untuk cadangan pemasangan sistem i-Supervision.
5.0 Peranan dan Tanggungjawab.
5.1 Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) :
Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) adalah bertanggungjawab bagi:
1. Penentuan dan pelaksanaan Dasar sistem i-Supervision
2. Menggunakan budi bicara, mengarahkan pemasangan sistem i-Supervision untuk mana-mana projek yang difikirkan perlu untuk tujuan pemantauan.
5.2 Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Mengikut Sektor) :
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) mengikut Sektor masing-masing bertanggungjawab bagi:
1. Memastikan bahawa Dasar sistem i-Supervision dipatuhi pelaksanaannya.
2. Memutuskan senarai projek yang telah dikenalpasti oleh Pengurus Program bagi pemasangan sistem i-Supervision seperti mana yang telah digariskan di dalam dasar ini; dan
3. Memastikan bahawa semua Pengurus Program di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri memantau dan mengambil tindakan sewajarnya hasil dari laporan sistem i-Supervision.
5.3 Ketua Pegawai Maklumat (CIO):
Peranan dan Tanggungjawab Ketua Pegawai Maklumat adalah :
i. Bertindak sebagai penasihat kepada KPKR dan TKPKR berhubung dengan Dasar sistem i-Supervision,
ii. Memberi bantuan teknikal dari segi pemasangan dan penyenggaraan sistem i-Supervision,
iii. Menyediakan sistem secara berpusat (centralised system) bagi tujuan pemantauan projek.
5.4 Pengurus Program (Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri) :
Peranan dan Tanggungjawab Pengarah Projek di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri adalah :
1. Mengemukakan senarai projek yang perlu dipasang kamera i-Supervision,
2. Merujuk kepada pihak CIO bagi bantuan teknikal mengenai pemasangan sistem i-Supervision .
5.5 Ketua Pasukan Projek (HOPT) :
Ketua Pasukan Projek bertanggungjawab bagi :
i. Memantau operasi sistem i-Supervision dari semasa ke semasa untuk memastikannya sentiasa berfungsi,
ii. Memastikan bahawa anggaran kos pemasangan, operasi dan penyelenggaraan i-Supervision dimasukkan di dalam kos projek.
5.6 Pejabat Selia Tapak :
Pejabat Selia Tapak bertanggungjawab bagi :
1. Memastikan pemasangan sistem i-Supervision dilakukan sebaik sahaja tapak projek berkenaan diserahkan kepada pihak kontraktor;
2. Memastikan keselamatan sistem i-Supervision di tapak projek terjamin;
3. Mengarahkan pihak kontraktor untuk segera mengambil tindakan pembetulan sekiranya didapati sistem i-Supervision tidak berfungsi atau mengalami masalah,
4. Memastikan perkhidmatan utiliti (sambungan internet dan elektrik) tidak tergendala.
5. Memastikan keseluruhan sistem i-Supervision ditanggal dan dikeluarkan dari tapak sebaik sahaja projek siap;
6.0 Spesifikasi, Senarai Kuantiti dan Lukisan Teknikal
Sebagaimana Lampiran I, II dan III.
Spesifikasi, senarai kuantiti dan lukisan teknikal yang terkini boleh diperolehi dengan merujuk kepada pihak CIO
7.0 Kos Pemasangan dan Operasi
Anggaran kos untuk pemasangan, operasi dan penyelenggaraan sistem i-Supervision boleh diperolehi dengan merujuk kepada CIO.
LAMPIRAN I
Specification for i-Supervision System
1) Axis 211 network camera or equivalent with following specifications:
i. Network camera with built-in web server and RJ-45 network port;
ii. Can be scheduled to automatically upload snapshot images to a web server on the Internet directly through file transfer protocol (FTP) at pre-set resolution;
iii. Allow users either in the same network or over the Internet to configure and view live images from the camera through a standard web browser;
iv. Multi-level password security access which can be set to restrict users either for general viewing or administration purposes;
v. Auto DC-iris lens - for outdoor and night light conditions; and
vi. Capable of operating outdoor in a suitable camera housing enclosure.
2) Other accessories required are :
i. ADSL Modem
ii. Outdoor camera housing with built-in blower fan;
iii. Outdoor metal enclosure box to house the modem and other accessories (for outdoor installation); and
iv. An uninterrupted power supply (UPS) with built-in sensitive surge & lightning protector and phone/modem line-in and line out connectors.
3) Facilities required at installation site :
i. TNB power line to be installed at the camera pole and terminated with a dual 13-Amp 3-pin socket plug switch (conform to BS 5649);
ii. Internet connection to the camera;
iii. Recommended 15 meters Galvapole or equivalent galvanised camera mounting pole (for project sites with outdoor installation) with concrete base; and
iv. Adequate lightning protection & earthing system must be provided on top of the galvanised camera mounting pole.
4) The Contractor is required to maintain and replace parts at his own cost in cases of failure or malfunction of any of the above equipments for the duration of the Contract.
5) All camera, equipments and accessories shall revert back to the contractor at the end of the Contract.
Saturday, May 22, 2010
KANDUNGAN HALAMAN | GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM i-SUPERVISION
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM i-SUPERVISION
1.0 Pengenalan 2
2.0 Tujuan 2
3.0 Objektif 3
4.0 Kriteria Pelaksanaan 3
5.0 Peranan dan Tanggungjawab Pengurusan 3
6.0 Spesifikasi, Bil Kuantiti dan Lukisan Teknikal 5
7.0 Kos Pemasangan dan Operasi 5
8.0 Lampiran I - Specification for Internet/Network Cameras
Lampiran II - Contoh Bills of Quantities
Lampiran III - Contoh Technical Drawing for Camera Pole dan Concrete Pole Base
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 2
2.0 Tujuan 2
3.0 Objektif 3
4.0 Kriteria Pelaksanaan 3
5.0 Peranan dan Tanggungjawab Pengurusan 3
6.0 Spesifikasi, Bil Kuantiti dan Lukisan Teknikal 5
7.0 Kos Pemasangan dan Operasi 5
8.0 Lampiran I - Specification for Internet/Network Cameras
Lampiran II - Contoh Bills of Quantities
Lampiran III - Contoh Technical Drawing for Camera Pole dan Concrete Pole Base
PELAKSANAAN SISTEM I-SUPERVISION
1.0 Pendahuluan
1.1 i-Supervision, ringkasan bagi internet Supervision, merupakan satu usaha berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan pemantauan projek melalui penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
1.2 Sistem ini diperkenalkan di JKR sebagai sokongan kepada sistem SKALA di mana data-data terkini kemajuan projek di dalam sistem SKALA diterjemahkan secara visual oleh sistem i-Supervision untuk memberikan gambaran secara lebih komprehensif mengenai kemajuan sesuatu projek.
1.3 Melalui sistem ini, kamera internet akan dipasang di tapak bina. Kamera tersebut dihubungkan ke internet melalui talian telefon dan modem. Ini membolehkan gambar-gambar kemajuan terkini di tapak bina dihantar secara automatik ke pelayan web korporat JKR i-Supervision pada kekerapan dan sela masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, kemajuan terkini projek di tapak bina boleh dipantau secara jarak jauh melalui laman web i-Supervision
2.0 Kaedah Pelaksanaan
2.1 Kriteria-kriteria projek yang perlu dipantau melalui sistem i-Supervision adalah :
i. Projek bangunan yang melebihi RM50 juta; atau
ii. Projek jalan yang melebihi RM100 juta; atau
iii. Projek-projek JKR di luar negara (dengan kebenaran pihak berkuasa di negara tersebut); atau
iv. Projek-projek yang perlu disiapkan segera (fast track projects); atau
v. Atas arahan Ketua Pengarah Kerja Raya.
2.2 Pengurus Program hendaklah mengemukakan senarai projek-projek yang memenuhi kriteria tersebut di atas kepada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I (Sektor Bisnes) untuk cadangan pemasangan sistem i-Supervision.
2.3 Kos pemasangan, operasi dan penyelenggaraan sistem hendaklah dimasukkan di dalam kontrak.
3.0 Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab untuk pelaksanaan sistem i-Supervision adalah seperti yang terkandung di dalam Garis Panduan Penggunaan Sistem i-Supervision.
4.0 Pemakaian
Arahan ini berkuatkuasa dengan serta-merta.
Sekian, terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
(DATO’ SRI Prof. Ir. Dr. JUDIN BIN ABD. KARIM)
Ketua Pengarah Kerja Raya
Malaysia.
s.k. - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III
- Ketua Unit Pengurusan Kualiti JKR

Subscribe to:
Posts (Atom)